Langkah Penuh Harapan

23 Mei 2009, hari yang dinanti-nanti oleh kami sekeluarga sudah tiba. Cuaca yang cerah dan matahari sudah mula menampakkan sinarnya. Selepas solat Subuh tadi dah mula bersiap-siap tapi rupa-rupanya sampai pagi baru boleh bertolak dari rumah. Destinasinya UITM Merbok. Di situlah puteri kami akan memulakan langkah siswinya. Semoga dia tabah mengharungi apa jua rintangan demi masa depan yang gemilang.


Mengapa 'daffodil'?

Ia adalah simbol suatu permulaan baru. Daffodil, atau narcissus, adalah bunga yang dinanti pada awal musim bunga. Blog ini menjadi permulaan bagi saya untuk meneruskan minat dalam bidang penulisan, jika masa mengizinkan.