Catatan Perjalanan 1: Tiba di Manchester



Masih segar dalam ingatan ketika kami pertama kali menaiki pesawat MAS untuk ke Heathrow, London. Pada mulanya agak gementar almaklum kami berempat beranak tidak pernah melalui pengalaman tersebut. Bagi orang yang dah biasa mungkin tidak ada apa-apa.

Oleh kerana katil bayi terhad, terpaksalah meriba Nana sepanjang perjalanan. Tempuh penerbangan yang agak panjang tidak langsung membosankan anak-anak yang berdua orang tu. Faiz tidak henti-henti memesan jus nenas setiap kali pramugara menyorong trolley berhampiran tempat duduknya. "Juice please!" Selepas ituberulangkali pula ke tandas, bawa adik sekali. Perasaan takut langsung tak wujud dalam dirinya. Kita yang jadi mak ini yang banyak sangat perkara yang diragui dan ditakuti.

Akhirnya kami selamat tiba di Lapangan Terbang Heathrow. Selesai mengisi beberapa dokumen aku dan anak-anak menaiki airport bus untuk ke terminal lain untuk connecting flight ke Manchester di mana suami sudah sedia menunggu...


Sebelum bertolak ke Manchester kami sekeluarga sempat minum kopi di situ. Aroma kopinya masih dapat kuhidu hingga hari ini. Bagiku itulah kopi yang paling enak pernah aku rasa dalam hidupku. Kopi harum dan panas diminum dalam suasana dingin amat menyamankan...
Manchester menyambut ketibaan kami dengan dedaun keemasan yang berguguran. Cuaca musim luruh yang semakin dingin membuka lembaran baru dalam hidup kami sekeluarga...

http://farm3.static.flickr.com/2227/1731130131_85d7ea1f6b.jpg?v=0

Mengapa 'daffodil'?

Ia adalah simbol suatu permulaan baru. Daffodil, atau narcissus, adalah bunga yang dinanti pada awal musim bunga. Blog ini menjadi permulaan bagi saya untuk meneruskan minat dalam bidang penulisan, jika masa mengizinkan.