Matahari... Ini sinopsis yang diberi oleh TV3. "Matahari merupakan kisah seorang wanita yang terus memburu cinta sejati angkara kecundang dalam cinta pertama. Kisah tragis Matahari, seorang wanita kampung naif yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan musibah hidup dan ini telah menukarkannya menjadi wanita penuh keterampilan. Dengan kekuatan dan kepandaian yang ada pada dirinya, pelbagai tipu muslihat dirancang bagi memenuhi keinginan diri."
Entah mengapa semakin lama mengikuti drama bersiri tersebut semakin terasa kita diperbodohkan. Macam-macam perkara yang tidak logik berlaku dan diketengahkan dalam babak-babak dramanya. Senang betul penulis skripnya mematikan sesuatu watak. Mengarut sungguh! Kalau begini berterusan nampaknya terpaksalah tarik diri daripada menjadi penonton setia. Baik layan kucing lagi bagus.