Faiz @ IKM Lumut


Hari Isnin, tanggal 29 Jun Faiz menjadi pelajar semula setelah lebih kurang setahun berehat sambil mencari pengalaman bekerja. IKM Lumut menyambut kedatangan Faiz dengan tempat belajar dan kediaman yang selesa di samping beberapa kemudahan lain. Makanan dan minuman disediakan oleh pihak kolej membuatkan kami rasa lega. Tak payah Faiz mencari makanan sendiri nanti.

Kursus Rekabentuk Perabot selama dua tahun ini diharap dapat diikuti oleh Faiz dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Kalau ada kemahuan tentu ada jalannya. Semoga dengan berjauhan dari keluarga Faiz dapat mematangkan dirinya dan seterusnya merealisasi impian diri.

Selamat Belajar Faiz!

Mengapa 'daffodil'?

Ia adalah simbol suatu permulaan baru. Daffodil, atau narcissus, adalah bunga yang dinanti pada awal musim bunga. Blog ini menjadi permulaan bagi saya untuk meneruskan minat dalam bidang penulisan, jika masa mengizinkan.