Sungguh tidak disangka peristiwa ini akan berlaku. Perkara yang pada mula dianggap jenaka berakhir dengan air mata. Aku pada mulanya ingin menguji sejauh mana kentalnya hati seorang anak gadis yang bakal bergelar lawyer ni.
15 Julai merupakan hari lahir abah kepada Faiz, Izyan dan Nana. Namun sampai ke petang tiada ucapan hari lahir daripada dua orang anak remaja tu. Yang sorang kat Cyber Jaya tu aku dah tak kisah. Dah beli kad harijadi pun dia lupa nak bagi pada abahnya.
Mulanya sms dihantar untuk memberitahu betapa sedihnya abah yang menyambut hari lahir tanpa ucap selamat daripada anak-anak yang disayanginya. Jawapan yang diterima daripada Faiz sempoi aje. Alamak Faiz terlupa dan kata sori!
Lain pula respon daripada Izyan. Dengan call yang bertalu-talu dan pertanyaan: Betulke abah sedih. Call yang pada mulanya tidak diangkat akhirnya diterima juga. Sebabnya abah Izyan dah kesian.Tak sanggup nak susahkan hati anak lama-lama.
Apabila diangkat sahaja telefon berkumandang nyanyian Selamat Harijadi daripada beberapa orang teman Izyan. Kemudian dia pun bertalu-talu minta maaf dengan abahnya. Lepas tu sunyi... Rupa-rupanya sedang menahan sebak. Lepas tu apa lagi teresak-esakle dia dalam telefon. Oleh sebab speaker dipasang dapatlah dengar dengan jelas esakannya. Sampai opahnya pun sedih sekali dan menangis sama...
Yan...Yan...Kasihan anak mak dah terkantoi! Tak boleh tunjuk kebal air mata lagi dah...
Air mata Izyan
Dicatat oleh
Badarieh Said
Khamis, Julai 16, 2009
Label: Keluargaku