Baru-baru ini kakakku yang bekerja di Oman pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti sambil menjenguk cucunya. Biasalah setiap kali pulang ada sahaja buah tangan yang dibawanya. Kakak ni memang pemurah orangnya. Selain kurma, inai dan manisan ada lagi beberapa makanan pelik yang dibawanya ketika berkunjung ke rumah tempuh hari.
Antaranya Feuiles de Vigne atau Stuffed Grape Leaves. Dimakan bersama perahan lemon dan roti arab! Bahan-bahan lain yang dimasukkan ke dalam gulungan daun anggur itu adalah nasi , minyak zaitun dan minyak bunga matahari. Juadah ini memang kita tak boleh bikin sebab mana pula nak cari daun anggur, lain lah kalau boleh tukar dengan daun labu! Rasanya nak tahu macam mana? Bagi aku rasanya tak ubah macam jeruk maman, yang ada jual kat pekan minggu Changkat Jering tu. Tapi kalau jenerasi muda memang tak tau apa jeruk maman tu...
Satu lagi yang bukan semua orang boleh minum ialah kopi arab. Bahan-bahannya ialah kopi dan dicampur dengan buah pelaga, halba dan entah apa lagi. Rasanya erghh... Bukan kopi kalau macam gitu rasanya. Kata kakak orang sana minum kopi tu dengan manisan seperti kurma, halwa dan macam-macam lagi. Yang herannya aku boleh minum!. Suami dan anak-anak...hai entahlah... kucing bertanduk agaknya barulah mereka akan cuba.
Semasa aku ke Oman pada Disember 2007, rasanya banyak juga makanan pelik yang aku cuba makan. Satu hari kakak bawa aku ke restoren makanan Turki. Di atas meja sedia terhidang buah zaitun. Kalau kita suka kita boleh makan seberapa banyak yang kita mau. Selepas buat oder kami pun mula mengunyah buah zaitun. Tidak lama selepas itu datanglah pelayan menghantar makanan yang dioder tadi. Masyaallah...banyak betul kuantitinya. Boleh habis ke ni? Bisikku kepada kakak.
Ada satu hidangan yang aku tak boleh lupa. Dari rupanya aku memang tak lalu nak tengok. Tapi dalam menu tulis macam sedap. Pejam celik aku menahan geli apabila kakak suruh juga aku cuba...Alamak sedap pula! Aku rasa makanan ni sesuai untuk orang kurang nampak @ rabun daa.
Perhatikan baik-baik yang di tengah pinggan tu.
Ada apa-apa yang pelik?
[ Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas. ]
Ada apa-apa yang pelik?
[ Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas. ]
Walaubagaimanapun roti kebabnya yang paling aku suka. Kadangkala aku rindu nak makan roti kebabnya yang spesial tu.