Oktober 95 merupakan bulan yang amat bermakna bagi diriku dan keluarga. Pertamakali menyusur jalan yang terhampar dengan dedaun keemasan amat mengasyikkan. Pengalaman pertama menikmati musim sebegini begitu berharga bagi diriku dan akan kekal dalam lipatan memori.
Bagi tiga beradik itu aku pasti mereka sudah lupa tentang kebanyakan peristiwa yang berlaku. Mungkin dengan catatan ini mereka akan mengimbau kembali ingatan indah yang pernah singgah dalam hidup mereka. Yang pasti Nana sahaja yang tak dapat ingat apa-apa kerana usianya pada masa itu hanya tiga bulan.
Menikmati keindahan alam begini akan mengingatkan kita kepada penciptanya Yang Maha Esa. Betapa kebesaran Ilahi dan anugerahnya kepada kita yang kerdil ini. Sememangnya kita sahaja yang kadangkala tidak menghargai.
Apa pun perjalanan harus diteruskan dan selepas ini nantikan cerita Musim Dingin di Manchester pula!