Musim kenduri datang lagi seiring dengan cuti sekolah. Banyak jemputan yang diterima dan perlu bersedia dengan baju-baju baru...Walau bagaimanapun kenduri kendara kali ini agak muram disebabkan cuaca yang tidak menentu. Terpaksa berpayung ke kenduri adalah sesuatu yang agak merungsingkan tambahan pula kalau tempat tu becak...
Adik ipar pun akan melangsungkan perkahwinan pada 12 Disember nanti. Buat masa ni agak sibuk sikit membantu apa yang patut. Tema serba biru dan kami sekeluarga akan mengenakan pakaian serba biru pada hari yang bersejarah itu. Harap tak hujan hari tu nanti. Kalau hujan juga kita akan campak baju pengantin atas bumbung rumah. Kata orang tua tua boleh redakan hujan yang turun...Tak taulah samada betul atau tidak!
Kepada semua bakal pengantin selamat menempuh hidup yang penuh dugaan...
Musim Kenduri
Dicatat oleh
Badarieh Said
Ahad, November 22, 2009
Label: Pada Hemat Saya